CNI Coffee Ginseng Chocolate Chips Muffin untuk Si Penggemar kopi!
Semalam petang memang mood rajin saya nak membaking. Cuaca yang sejuk dan hujan yang renyai-renyai turun di kawasan rumah saya membuatkan saya terfikir alangkah sedapnya kalau menghirup secawan teh dan menjamu selera muffin.
Kali ni saya nak kongsi resepi muffin olahan saya sendiri dengan menggunakan kopi ginseng CNI. Saya dah lama minum kopi ni, sejak berada di bangku sekolah lagi. Masa tu bonda saya merupakan seorang ajen CNI, jadi di rumah kami memang sentiasa ada stok kopi ni. Kopi ni sedap ditambah pula dengan khasiat ginseng yang ada di dalamnya. Saya minum kopi ni dulu pun untuk mengawal penyakit asthma yang saya alami. Sejak amalkan minum kopi ni memang dah tersangat jarang ulang alik hospital ambil nebuliser. Hmm...sesiapa yang ada penyakit asthma ni fahamlah macam mana rasanya kan..Hehehe..
Ok, jom kita semak bahan-bahan untuk membuat muffin ni dulu.
Bahan-bahan muffin kopi ginseng CNI:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan air panas
1 peket kopi ginseng CNI
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak atau mentega cair
2 biji telur gred B
2 sudu besar susu pekat manis
2/3 cawan coklat chips
Sebelum masuk oven :) |
Cara penyediaannya :
- Ayak tepung gandum bersama baking powder. Letak dalam bekas mengadun. Campurkan gula dan garam. Gaul rata. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, pukul telur sebentar dengan garfu, tak perlu sampai kembang dan campurkan minyak, susu segar, susu pekat,
- Bancuh kopi ginseng CNI dengan air panas dan campurkan dalam adunan telur tadi.
- Tuang adunan telur ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaul rata guna kaedah kaup balik guna spatula.
- Last sekali, campurkan coklat chips dan simpan sebahagiannya untuk ditabur di atas muffin sebelum dibakar.
- Susun paper cup dalam muffin tray, glis dengan sedikit minyak kalau menggunakan paper cup biasa supaya tak melekat.
- Tuangkan adunan muffin dalam paper cup yang dah diglis 3/4 cup sahaja. Lepas tu taburkan baki coklat chips atas muffin.
- Bakar dalam oven bersuhu 180'C yang teah dipanaskan dulu selama 10 minit guna rak tengah selama lebih kurang 20 minit.
- Cucuk lidi sate dalam muffin untuk tentukan ianya dah masak. Kalau lidi sate bersih bermakna muffin anda dah masak.
Mudah saja cara membuatnya kan? Rasanya pun enak dan tak kering. Saya kurang gemar muffin yang terlalu mampat dan kering. Boleh tersedak kalau makan!
Untuk adunan banyak ni saya dapat menghasilkan 11 biji muffin. Yeay!
Anda boleh je tukar kopi segera CNI tu dengan kopi segera pilihan anda ataupun gantikan dengan esen kopi dan susu segar tambah menjadi 1 cawan.
Sebelum ni setiap kali membuat muffin kopi saya selalu menggunakan esen kopi saja, tapi kali ni rasanya saya nak mencipta sedikit kelainan tu yang saya guna kopi ginseng CNI. >.<
Ni gambar muffin kopi yang saya buat menggunakan esen kopi dan coklat chunks |
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment