Cempedak Goreng Rangup Makan Satu Nak Lagi !
Assalamualaikum WBT...
Salam Sejahtera Semua!
Sekarang ni memang tengah musim cempedak. Banyak betul gerai-gerai buah tepi jalan menjual cempedak. Saya memang peminat tegar cempedak. Cuma tak boleh makan selalu sebab orang tua-tua dulu kata cempedak ni menyebabkan angin. Memang betul pun kan? Hehehe..
Saya beli cempedak ni saiz sederhana je, tapi isinya memang sangat padat dan banyak! Goreng sebiji cempedak tu puas kami bertiga makan! Kebetulan pulak masa tu bonda saya memang ada di rumah saya.
Anda boleh cuba resepi yang saya nak kongsikan di sini. Cempedak goreng ni kesedapan dia bergantung pada bancuhan tepung tu selain dari keenakan aroma cempedak tu sendiri. Betul tak?
Kerangupan tepung goreng cempedak ni bergantung pulak pada ratio tepung jagung/tepung beras yang kita guna dan campuran bahan lain yang boleh menambah kerangupannya seperti air kapur yang biasa orang tambah untuk buat rempeyek.
Apa kata kita semak dulu resepi cempedak goreng rangup ni.
Bahan-bahannya:
1 biji cempedak saizsederhana
1/2 cawan tepung beras/tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder (optional)
1/4 sudu teh garam
kira-kira 1/2 cawan (atau lebih sikit) air
1 sudu teh air kapur
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh minyak
1 sudu teh gula
minyak yang banyak untuk menggoreng
- Ayak tepung bersama baking powder ke dalam bekas.
- Campurkan kesemua bahan (air campur sikit-sikit jangan terlebih, nanti adunan cair tak sedap) kecuali gula. Tapi kalau dah terlebih air, jangan panik! campur je tepung sikit dan kacau cepat-cepat guna whisk.
- Panaskan minyak, bila minyak dah ready, baru campurkan gula dalam bancuhan tepung goreng dan celupkan cempedak ke dalam tepung.
- Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng dengan api sederhana hingga warnanya bertukar keemasan.
- Angkat dan toskan. Sedia dihidang!
Makan cempedak goreng panas-panas sambil layan movie di kaca tv. Memang sangat bahagia rasanya. :)
Saya galakkan anda buat sendiri cempedak goreng di rumah dan guna minyak yang baru untuk menggoreng, bukan minyak recycle ya sebab minyak masak yang diguna berulang kali untuk menggoreng, iaitu dengan suhu yang tinggi akan melepaskan toksik yang dipanggil sebagai aldehyde. Semakin kerap minyak di recycle, semakin banyak toksik dilepaskan dan akan diserap pulak dalam makanan yang kita goreng tu. Boleh baca info lanjut kat (sini). Saya yakin ramai pengguna di luar sana dah aware tentang perkara ni.
Baiklah, sebelum saya akhiri entry ni ,jom layan beberapa gambar lagi. >.<
Pergh! Terliur tak? Hehehe |
0 comments :
Post a Comment