Ayam Masak Lemak untuk Makan Malam dan Sahur
Assalamualaikum WBT...
Menu yang saya nak kongsikan hari ni ialah ayam masak lemak. Ayam masak lemak ni menjadi lauk hidangan untuk makan malam dan sahur kami. Kalau esok nak puasa, lauk untuk sahur saya akan prepare terus sekali dengan makan malam. Kang kalau tak, berpinau mata nak masak pagi-pagi buta kan..
Ayam masak lemak ni penyediaannya cukup mudah kerana tak perlu ditumis. Campur je semua bahan, tunggu ayam lembut dah pun siap. memang mudah dan sedap. Lauk ni makin diperhangat makin bertambahlah sedapnya sebab bahan-bahan rempahnya semua dah sebati. Hingga tak perasan mulut dah menyental 2 ketul ayam! Kihkih...
Apa kata kita semak resepinya dulu.
4 ketul ayam
1/2 labu bawang besar *
4 biji bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 cm halia *
2 cm kunyit *
7 tangkai cili padi *
1 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut (buang dahan yang kat tengah untuk elak pahit)
1 keping asam keping
1 kotak kecil santan KARA (200ml)
1 1/2 liter air
Langkah Penyediaannya:
- Didihkan air guna api sederhana. Sementara tu, kisar kesemua bahan bertanda *
- Apabila air dah mendidih, masukkan bahan kisar, serai, ayam dan daun limau purut. Tambahkan garam.
- Masukkan asam keping dan santan apabila ayam dah empuk.
Sedia dihidang!
TIPS#
Kalau nak warna masak lemak tu kuning pekat je cubalah pakai kunyit ibu. Rasanya pun akan lebih sedap tau.
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment