Kek Sarang Semut
Dah lama saya tak buat kek sarang semut ni. Saya sangat menggemari kek ni kerana 2 sebab; first sebab rupa paras kek ni yang berongga macam sarang semut dan kedua sebab teksturnya yang kenyal, berbeza dengan tekstur kek span atau kek moist. Dulu masa saya selalu ulang -alik ke hospital Muar, saya selalu singgah di gerai menjual kuih tepi Jalan Sungai Abong untuk membeli kek sarang semut ni. Pada mulanya, saya ingat ni kek coklat sebab warnenya gelap. Tapi bila makan takde pulak rasa coklat. Ish..ish..
Last-last baru saya dapat tau rupanya ni kek gula hangus atau kek sarang semut. >.<
Kek sarang semut sangat popular untuk dijadikan menu ringan untuk majlis kenduri dan dibuat sebagai menu minum petang. Rasanya kenyal dan tak muak bila makan. Cuma terkadang sesetengah kek sarang semut ni rasanya agak hanyir, mungkin kerana jenis telur yang digunakan atau pun kerana tak letak esen vanilla membuatkan selera saya terus tertutup.
Disebabkan dah lama tak membuat kek ni, saya pun dah tak ingat resepinya, tambahan pulak, dulu saya memang tak ada catatan resepi. Jadi bila nak buat je baru sibuk mencari resepi. Nasib la kan kalau resepi ok maka ok la kejadian kek nya dan macam tu lah kalau sebaliknya.
Setelah menggoggle, saya tertarik dengan gambar kek sarang semut yang dikongsi oleh Cik Ayu di blognya. Tekstur sarang semutnya menjadi betul membuatkan saya tak sabar nak mencubanya. Saya terus buat kek ni memandangkan barang-barang pun ada di rumah. Penyediaanya mudah cuma teknik yang betul diperlukan untuk menghasilkan sarang yang cantik.
Jom kita semak resepinya dulu.
Resepi Kek Sarang Semut
Resepi asal : Ayu
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega (saya pakai Planta)
4 biji telur (saya pakai Gred B)
1 cawan susu pekat manis
1/4 sudu teh garam (saya tambah)
1 penutup esen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
Untuk gula hangus:
Panaskan gula dalam kuali dengan api perlahan hingga gula berbuih dan bertukar warna keperangan. Setelah itu, kecilkan api dan masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati jangan sampai gula terpercik.
Lepas tu, campurkan mentega ke dalam adunan gula hangus tadi. Biarkan sejuk sebentar.
Sementara tu, pukul telur menggunakan kelajuan tinggi hingga pekat dan berkrim. Kemudian perlahankan kelajuan mixer, campurkan susu pekat, garam, vanilla dan tepung gandum yang dah diayak dengan baking soda.
Akhir sekali, tuangkan adunan gula hangus daun gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah dialas dengan baking paper dan dilenser sedikit mentega. Saya menggunakan loyang 7x7 untuk adunan sebanyak ni.
Rehatkan adunan selama 4 jam. Tutup loyang dengan kain.
Panaskan oven 175'C selama 10 minit. Bakar kek menggunakan rak kedua bawah menggunakan api atas bawah selama kira-kira 50 minit hingga kek masak. Yang ni depends pada jenis oven anda.
NOTA & TIPS#
Jangan goncang atau kacau adunan yang dah diperap tu. Terus masukkan dalam oven perlahan-lahan je. Kalau perap adunan dalam mixing bowl, tuangkan perlahan-lahan ke dalam loyang tanpa perlu mengacau atau menghentak loyang.
Untuk hilangkan bau hanyir telur, sila buang lendir yang melekat pada kuning telur tu. Itu la yang buat kek kita rasa hanyir. Selain tu, jangan lupa letak esen vanilla.
Hubby komen kek ni sedap tapi rasanya agak manis. Bagi yang kurang suka manis boleh kurangkan sukatan susu manis kepada 3/4 cawan.
Saya kurang puas hati dengan tekstur kek saya ni. Pada saya rongganya kurang cantik. Maksudnya saya kene try and error lagi. Anyway, terima kasih Cik Ayu yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni.
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment