Menu Jawa : Tempeh goreng rangup cicah sambal kicap
Tapi, bagi yang baru first time nak kenal rupa tempeh ni, cenggini la rupenye. Omputih panggil soybean cake. Ianya diperbuat dari kacang soya yang diperam (fermented).
(gambar nie ehsan dari google )
Sebelum nak share resepi, saya nak kongsi sikit apa manfaat makan tempeh ni dan kenapa ramai dietitian recommend pengambilan tempeh dalam diet seharian. Selain kaya dengan protein, tempeh jugak mengandungi antioksida yg berperanan untuk mengawal radikal bebas dalam tubuh badan dan sekali gus mengurangkan risiko kanser. Tempeh ni jugak adalah merupakan salah satu agen anti bakteria, so boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Okey, dah panjang berceloteh, sekarang saya nak share cara-cara membuat tempeh goreng yang rangup ni tanpa guna tepung goreng serbaguna.
Bahan-bahan tempeh goreng rangup:
- Tempeh 2 keping (saya guna yang dalam plastik transparent tu) - potong nipis
- secawan tepung jagung/beras*
- secawan tepung gandum*
- sedikit garam*
- 1/2 sudu makan gula pasir*
- 1/2 sudu teh baking powder (saya lupa letak)*
- sedikit serbuk kunyit *(nak bagi rasa dan kaler) - saya tak letak sebab stok takde
- 2 sudu makan cili giling *- optional
- 1 sudu teh air kapur - optional
- air secukupnya untuk membuat adunan
Dah tengok bahan sekarang kene tengok cara-caranya pulak.
- Campur semua bahan bertanda *. Gaul rata. Tepung tu kalau rajin ayak ler dengan baking powder yea.
- Lepas tu tuangkan air sedikit demi sedikit dalam adunan tepung. Jangan cair sangat sudah. Agak-agak kalau letak tempeh tu dah takde nampak biji-biji kacang soya. Lebih kurang macam tu la.
- Last skali masukkan air kapur.
- Panaskan minyak. Tunggu sampai minyak betul-betul panas baru masukkan tempeh yang dicelup tepung tadi. Goreng dengan api sederhana sampai warna menjadi keemasan. Angkat dan toskan.
Lepas dah siap tempeh goreng, mesti kena pekena dengan cicahnya pulak kan. Orang Jawa selalu suka makan cicah sambal kicap. Bahan sambal kicap ni senang aje
Sambal kicap:
- Cili padi 6 tangkai (kalau gile pedas sila tambah)
- seketul bawang putih
- kicap
- garam
- gula
- air sikit untuk blender
Blender semua bahan kat atas tu..Dah siap! Tapi kalau nak tahan lama seeloknya masak kejap atas api.
Ni dia gambar tempeh rangup sambal kicap menu sampingan makan malam kami. Heheh..
0 comments :
Post a Comment