Cucur sayur kembung yang lembut

Thursday, 16 August 2018

Cucur sayur kembung yang lembut







Dah lama teringin nak makan cucur sayur ni tapi nak membuatnya asyik tertangguh je. Cucur ni ala-ala cucur ikan bilis/ udang cuma bahan-bahanny isinya je berbeza sikit.


 Cucur ni tak boleh makan selalu sebab nilai kalorinya yang agak tinggi disebabkan ianya memerlukan deep fry...tu yang kene fikir-fikir dulu bila nak buat tuh. Kalau dah ngidam bebenor je baru saya buat. Heheh..

Resepinya sangat simple dan mudah. Jom kita semak dulu bahan-bahannya.

Bahan-bahan cucur sayur kembung:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan (agak-agak) air suam
  • segenggam taugeh
  • lobak merah hiris kecil-kecil
  • 1/3 labu bawang merah didadu
  • 1/2 helai daun kunyit (optional..boleh ganti dengan daun bawang/ daun yang selalu guna untuk masak char kuew teow.saya tak tau nama dia..heheh)
  • sedikit kiub ikan bilis

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung, yis, baking powder, garam, bahan-bahan sayur. Gaul rata.
  2. Kiub ikan bilis dipecah-pecahkan dan dicampur dalam air suam.
  3. Tuangkan campuran air suam dan kiub ikan bilis tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sampai adunan boleh dijemput dengan tangan.
  4. rehatkan kejap adunan tepung bagi yis mengembang.
  5. Panaskan minyak yang banyak supaya adunan cucur boleh terendam dalam minyak bila menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan adunan dengan cara menjemput guna jari untuk dapatkan bentuk bulat. Tapi kalau agak-agak malas nak kotorkan tangan bedal guna sudu je pon boleh.  

Haa..nampak tak betapa gebunya cucur tuh..

Tapi tak lengkap rasanya kalau pekena cucur nih tanpa pencicah nya. Ye tak? Oleh itu, saya rajinkan diri lagi sikit untuk buat pencicahnya pulak. Untuk pencicah, saya cuma campurkan sos cili dan sos tomato dengan nisbah 2:1 , sedikit air panas dan garam. Macam tu je..tapi kalau ter'ekstra rajin boleh la buat kuah kacang. Lagi sedap.

Terliur tengok tak?? Heheh..siram jer pencicah tu kat atas cucur tu kasi banjir sket

So, cucur sedia dinikmati sambil meneguk teh hijau campur lemon. Selamat mencuba!


0 comments :

Post a Comment