Ayam Masak Sambal Simple

Monday, 27 August 2018

Ayam Masak Sambal Simple




Assalamualaikum WBT...

Salam sejahtera semua!




Al-kisahnya hari ni saya nak kongsi resepi ayam masak sambal versi saya yang simple. Sebenarnya saya masak ayam ni minggu lepas tapi baru sempat nak meng"update" kat blog hari ni. Teringat pulak kacang peas dalam tin yang saya beli beberapa minggu lepas masih berusik lagi, asalnya kacang peas tu saya nak campur dalam ayam stew..hehhe...tapi dah bertukar plan pulak.

Ayam masak merah ni memang antara masakan dalam list yang akan saya sediakan untuk bekalan suami ke pejabat sebab ianya mudah, tak berkuah sangat (tu yang penting tu) dan masih sedap walaupun dimakan waktu ayamnya dah sejuk!

Lebih tersenyum lebar encik suami kalau saya padankan ayam masak sambal ni dengan nasik tomato.

Ok lah, tanpa membuang masa, jom kita semak resepinya kat bawah.


Bahan-bahan ayam masak sambal simple:

Bahan ayam perap:

  • 4 ketul ayam *
  • 1 cm kunyit hidup (tumbuk halus)*
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)*
  • sedikit garam *
Perap kesemua yang bertanda * di atas. Kemudian goreng separuh masak. Jangan garing sangat nanti hilang pulak semua jus dalam ayam tuh nanti ya. Dah siap boleh ketepikan.

Bahan sambal:

  • 4 sudu besar pes cili
  • 2 ulas bawang putih #
  • 4 ulas bawang merah #
  • 1 cm halia #
  • 1 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • garam
  • gula
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • 2 sudu besar kacang peas dalam tin (optional)
  • 1 biji tomato belah 4 (optional)

Ps:  abaikan background dapur gas tuh..Hehhe

Cara-caranya:

  1. Kisar /tumbuk halus bahan bertanda #.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sampai agak layu. Kemudian masukkan pes cili dan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan segala jenis sos tadi. Letakkan serai nak kasi naik bau.
  4. Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan kacang peas.
  5. Perasakan garam dan gula.
  6. Last sekali masukkan tomato belah. Gaul sekejap. Dah siap!
Lepas ni kalau agak-agak ngidam nak makan ayam masak merah tu boleh la masak ayam masak sambal ni. Lebih kurang je rasanya dan bahannya lebih ringkas.

Selamat mencuba!


0 comments :

Post a Comment