Ramadhan Day 3 : Nasi Goreng Jagung Simple

Sunday, 9 March 2025

Ramadhan Day 3 : Nasi Goreng Jagung Simple


 



Salam Ramadhan...

Nasi goreng, menu paling ringkas untuk sahur terutamanya kalau ada nasi sejuk baki dari semalam.  Kali ini saya buat nasi goreng jagung versi paling simple, tanpa menggunakan ayam atau seafood sebagai perasa. Ha..memang betul-betul simple lah tu kan? Hehe..

Nasi goreng jagung ni saya buat bersama lauk sampingan, iaitu ayam masak black pepper berkuah (saya dah kongsi dalam post sebelum ini).  Sebab tu lah kita masak ringkas-ringkas sahaja, tak perlu lauk bagai dalam nasi goreng sebab kita akan makan dengan lauk ayam black pepper. 


Tonton Video di Sini :



Nasi goreng jagung ni kalau nak lagi sedap bolehlah pakai jagung fresh yang ada batangnya tu.  Tapi disebabkan saya pun tak plan awal-awal nak masak apa, kebetulan yang ada cuma jagung frozen, saya pakai sahajalah apa yang ada.  Nasi goreng jagung ini saya buat versi ala-ala nasi goreng Cina, ianya tak pedas, warna putih dan menggunakan lada sulah.  Kalau nak lebih sedap, tambahkan sedikit kicap cair dan minyak bijan, lagi umph rasanya nanti.  Tapi disebabkan stok kicap cair dan minyak bijan pun saya tiada di rumah, maka terpaksalah menggunakan apa sahaja bahan yang ada.  

Kadang-kadang nak beli sos itu dan ini, lepas tu jarang guna, terperap je dalam peti sejuk sampailah expired, kan membazir tu.  Lebih-lebih lagi kos barang dapur sangat-sangat mahal, jadi kita beli bahan yang kita selalu guna sahaja.  Makanan ni kita yang buat dia, so, asalkan pandai adjust rasa makanan sesimple apa pun akan menjadi sedap. Hehe.

Biasanya kalau saya buat nasi goreng berlauk macam ni saya takkan letak telur, tapi disebabkan nak upload di Youtube, saya letak juga telur, so kalau nak makan nasi goreng jagung ni begitu sahaja tanpa lauk pun dah sedap, tapi kena makan panas-panaslah sebab ada telur, kalau dah sejuk rasanya akan kurang sedap.



Nasi Goreng Jagung Simple






Kategori : Nasi

Masa Penyediaan : 5 minit

Masa Memasak : 10 minit

Jumlah Hidangan : 3-4 orang



Bahan-bahan :


3-4 sudu besar minyak masak

2 biji telur

3-4 ulas bawang putih (cincang)

1/4 batang lobak merah (potong dadu)

1/3 cawan jagung kernel (boleh pakai frozen/dalam tin/ jagung segar)

1 kiub pati ayam/serbuk perasa pilihan

3 cawan nasi sejuk

Cili padi ketuk

Hirisan cili merah

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap sotong

2 sudu teh serbuk lada sulah

Garam secukupnya

Hirisan daun bawang



Cara Penyediaan :


  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Setelah minyak panas, pecahkan 2 biji telur, biarkan mengeras sebentar kemudian hancurkan.
  3. Tolak telur ke tepi dan masukkan bawang putih, tumis sehingga harum dan sedikit keperangan.
  4. Masukkan lobak merah, jagung kernel dan kiub pati ayam.  Masak sehingga kiub hancur dan sayuran lembut.
  5. Masukkan nasi sejuk yang telah digembur, cili padi ketuk, hirisan cili merah, sos tiram dan kicap sotong.  Gaul sebati dan masak seketika.
  6. Masukkan serbuk lada sulah dan letak garam secukupnya.  Gaul sebati kemudian taburkan hirisan daun bawang.  Gaul sebati.
  7. Nasi goreng siap dihidangkan.



0 comments :

Post a Comment