Potato Fritters Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Tuesday, 2 April 2019

Potato Fritters Rangup Di Luar Lembut Di Dalam



Banyak sajian snek yang boleh dibuat dengan menggunakan kentang.  Kentang bukan saja sedap untuk dijadikan menu cheezy wedges, potato fries, inti karipap, bergedil, menu orang Barat seperti shepherd pie, hash browns, mashed potato, croquettes dan dicampur dalam pelbagai masakan, tapi jugak sangat sedap kalau dijadikan menu yang satu ni - potato fritters!

Apa tu potato fritters agaknye kan?

Potato fritters ni dalam bahasa mudahnya ialah flat pancake yang digoreng.  Adunannya berasaskan kentang yang diparut atau dihiris nipis dan dicampur dengan daging atau sayur-sayuran pilihan dan dibancuh dengan telur.  Bukan sahaja kentang, fritters ni jugak sesuai kalau diperbuat daripada keledek, cauliflowers, broccoli, zucchini dan jugak bahan berasaskan daging seperti ayam dan lembu.  Jadik, kalau nak memeriahkan meja hidangan dan menu sampingan kat rumah tu, boleh lah cuba pelbagai jenis fritters ni.  Boleh jugak kalau nak letak cheddar cheese.  Fritters ni tak perlu letak tepung pun tapi dalam potato fritters version Lyn ni saje je gatal nak letak dua sudu besar tepung jagung.  Hehe..

Teknik memasak potato fritters ni memang kena deep fry baru lah boleh rangup bahagian luarnya sementara teksturnya lembut di dalam.  Bagi sesiapa yang prefer healthier version of these addictive potato fritters, you all boleh fry with little oil on a flat, non-stick pan okay.  Just make sure you spread your batter well, flatten them with back of a spoon atau heat proof spatula pun boleh jugak untuk make sure yang bahagian tengah dalam fritters tu well cooked.  Kali ni Lyn buat yang deep fry, saja nak cuba rasa original fritters ni macam mana.  Lagi satu yang paling penting sekali bila nak goreng fritters ni, pastikan suhu minyak tu betul-betul panas supaya bahagian luarnya rangup dan tak serap minyak.  Dan of course, pakai minyak baru, not the recycle one yah!

Potato Fritters Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

3 biji kentang saiz sederhana (parut / hiris nipis memanjang)
1/2 biji bawang besar (potong dadu) - optional
3 helai daun bawang (potong nipis) - optional
1 biji cili besar merah (cincang) - optional
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur gred B
2 sudu besar tepung jagung - optional

Cara Membuat:

Campur rata kesemua bahan.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.  Bila minyak dah betul-betul panas masukkan 1 sudu besar adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
Goreng dengan api sederhana hingga masak.
Bila dah masak, angkat dan letak atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
Hidangkan serta merta bersama sos atau pencicah pilihan.


#NOTA#

Seeloknya bila dah bersedia nak menggoreng potato fritters barulah dicampur rata kesemua bahan sebab adunan yang dibiarkan lama akan jadi berair oleh jus dalam kentang yang keluar.

Untuk adunan yang menggunakan 3 biji kentang boleh menghasilkan kira-kira 10 ke 15 keping fritters bergantung kepada saiz kentang dan saiz senduk yang digunakan semasa menggoreng fritters.



0 comments :

Post a Comment