Kerang Bakar Berlada

Wednesday, 3 April 2019

Kerang Bakar Berlada



Pertama kali dapat merasa makan kerang bakar yang sedap ialah sewaktu bulan Ramadhan dua tahun lepas.  Lyn dan hubby saja jalan-jalan ke bazar Ramadhan di Danau Kota untuk membeli juadah berbuka puasa di sana dan kebetulan ada satu gerai yang menjual kerang bakar.  Teruja nak mencuba sebab memang tak pernah makan kerang bakar pun sebelum ni,  Lyn pun try la beli sebekas yang berharga RM5.  Disebabkan kami dah beli agak banyak makanan, kerang bakar ni pun Lyn carry forward untuk lauk sahur keesokan paginya.  Pagi tu, kami cuma bersahur nasi putih dan kerang bakar ni je.  Memang tak masak lauk lain pun.  Bila dah menjamah je kerang bakar ni, memang tak boleh berhenti makan tau, asyik nak lagi dan lagi!  Sedap betul rasa kerang bakar abang tu.  Paling sedap dia punya bahan perap tu.  Dengan manis, pedas dan masam-masam sikit memang ketagih betul nak makan lagi.

Itu je la sekali kami beli kerang bakar dan makan kerang bakar.  Takde lagi dah lepas tu.  So, waktu pegi shopping groceries minggu lepas tiba-tiba ternampak pulak kerang yang dah siap dipek, dalam 800 gram sebungkus berat dia.  Hati ni dah teruja, terbayang nostalgia keenakan makan kerang bakar dua tahun lepas terus je kami beli.  Lagi pun Lyn confident sikit nak beli kerang kalau kerang tu cangkerangnya nampak agak gelap dan kotor-kotor sikit.  Kalau kerang yang bersih dan saiznya semua besar-besar belaka memang confirm Lyn takkan beli sebab katanya kerang yang bersih dan besar tu kerang bela.  Lepas tu kata orang kerang-kerang yang dibela tu diternak di tempat kotor tu yang tak lalu nak makan!  Tambahan pulak, masa Lyn Tingkatan 5 Lyn pernah mengalami allergy teruk selepas memakan kerang bela tu la..memang lama bonda tak beli kerang lagi lepas kejadian tu sebab paranoid dengan kerang katanya.  Heheh...walhal anak dia yang kena allergy pun.

Okay, so..kerang dah beli.  babak kedua ialah the tedious job pulak - iaitu membersihkan kerang-kerang tersebut.  Kalau kat kampung, bonda ajar kalau nak basuh kerang ni pakai la dahan pisang.  Potong sikit dahan pokok pisang dan gosok dan tenyeh kuat-kuat kat kerang-kerang tu (macam WWE pulak! 😆😆) beberapa kali kemudian buang airnya dan ganti dengan air basuhan baru dan ulang proses menenyeh sampai air basuhan kerang jernih.  Memang ambik masa dan kena pakai  dua ke tiga dahan pisang.  Tapi kat sini mana mau carik dahan pokok pisang kan, jadi kerja menenyeh cangkerang kerang ni Lyn pakai berus gigi yang baru dan belum pakai kemudian sental satu per satu ye sampai hilang semua daki-daki yang melekat pada cangkerang tu tau.  Kalau beli 800 gm kerang dah rasa mau patah jer pinggang ni berdiri kaku depan sinki dapur tu apatah lagi kalau nak sental berkilo-kilo kerang.  Uihh...perlukan semangat yang jitu tu.



Dalam pada sibuk mencari idea untuk menyediakan bahan perap kerang tu,  Lyn terjumpa beberapa resepi kerang bakar.  Antaranya ialah resepi blogger terkenal, masam manis oleh Kak Ita yang menunjuk ajar cara beliau membuat kerang bakar.  Tapi entry nya bertajuk sambal kerang bakar, so kite paham dari situ Kak Ita buat sambal dulu kemudian digaul dengan kerang yang dah direbus dulu kemudian bakar menggunakan oven.  Okay jugak cara macam ni.  Tapi Lyn rasa Lyn nak cuba perap kerang tu dengan bahan perap kemudian bakar atas kuali leper hingga kerang-kerang tu masak.  Okay, so the way of cooking my kerang bakar is concluded with having them marinated for few hours then to grill them on a flat pan! Yes! Akhirnya dapat kami meratah kerang bakar untuk dinner.  Kira macam shell out jugak lah ni walaupun hanya ber"shell out" dengan kerang semata-mata.

Kerang Bakar Berlada

Kerang sebungkus (800 gram)
Kentang 2 biji (hiris wedges atau bulat) - optional
Cili kering kisar 5 sudu besar
Gula pasir 2 sudu besar
Garam 1 1/2 sudu teh
sedikit minyak untuk memanggang

Bahan kisar halus:

Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 2 cm
Lengkuas 2 cm
Serai 2 batang
Air asam Jawa

Cara Membuat:

Basuh bersih kerang.
Kisar halus kesemua bahan kisar.
Campur cili kering kisar, gula dan bahan kisar dan perapkan kerang dan kentang dengan bahan perap selama sekurang-kurangnya 2 jam dalam peti sejuk.
Bila dah sedia untuk dipanggang, baru gaulkan kerang dan kentang dengan garam dan panggang di atas kuali leper (lebih baik guna non-stick pan yang anti  scratch) dan letak sedikit minyak.
Guna api sederhana sewaktu memanggang kerang, selalu balik-balikkan dan tambah sedikit minyak jikalau kering sangat dan curah sedikit lebihan bahan perap pada kerang.  Tutup kuali dengan penutup untuk memudahkan kerang untuk masak.
Sedia dihidang!


Walau dalam apa jua resepi grill atau panggang ni, kentang mesti tak boleh tinggal!  Kena letak jugak sebab kami hantu kentang.  Kihkih..disebabkan cili kering Lyn jenis yang agak pedas sebab tu kena tambah gula lebih sikit.  Anda boleh rasa sikit dengan hujung lidah bila dah letak garam dan masa tu boleh adjust lagi rasa dia.

Kalau rajin boleh buat pencicah kicap berlada atau air asa jawa untuk dimakan bersama kerang bakar ni.  Tapi kami tak buat pun pencicah sebab kerang bakar ni dah cukup dengan bahan perisa.

Selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment