Tom Yam Campur Mudah dan Sedap
Assalamualaikum wbt...
Ni kisah semalam petang. Lepas selesai menunaikan solat fardhu Asar tadi, dalam kepala dah terfikir-fikir, nak masak ape ye untuk dinner malam ni? Hari ni my laling hubby keje sampai pukul 9 malam, so plus minus dalam pukul 9.40 la kot baru sampai rumah. Lebih-lebih lagi hari ni hari Jumaat, federal highway mesti penuh dengan kenderaan punya lah walaupun dah lepas pukul 8 malam. So, bila dah balik memalam tu tak kan nak santap nasik pulak kan? Hehe...bukan ape, Lyn risau dua benda je - pertama of course risau berat badan yang semakin gebu dan comel..Kahkah ...dan yang kedua pulak risau penyakit diabetes Type 2 pulak yang hinggap karang. Ye la, lepas makan mata kuyu je mintak didodoi..betul tak? Esok pulak hubby kena kerja pagi..mana boleh nak tidur lewat lebih dari pukul 11 malam. (Kalau nak info lanjut pasal diabetes dan jenis-jenisnya ni, boleh follow blog kesihatan Lyn di sini : https://myhealthhypothesis.wordpress.com/. Tapi entry diabetes buat masa ni belum siap lagi, otw yea..hehe..
Dah habis pikir tetiba teringat pulak kat dalam freezer Lyn ada ayam boneless dan udang. Kat fridge belah bawah pulak ada kobis bunga, jagung muda, tomato, lobak merah dan serai..Lepas tu pes tom yam Adabi yang Lyn beli entah bila pun masih ada sepeket. Daun limau purut Lyn pakai yang sendirian berhad punya sebab memang ada tanam kat pasu, lepas tu letak kat balcony rumah. Pokok limau purut Lyn tanam tu tak sempat pun nak membesar dan banyak daun, sebab bila daun-daun muda mula berputik je mulalah datang sang beluncas. Last sekali dalam bulan lepas, 3 ekor beluncas sekaligus datang serang pokok limau purut Lyn. Habis gondol semua daun!😆😆😆 Nak eliminate beluncas tu sian pulak, mereka pun makhluk Allah sama-sama nak carik makan..(Hmm...memang dasar hati kecik kami laki bini ni sampai beluncas pun nak bela..kihkih..) Pemutusnya kami relakan je la melihat pokok limau purut kami yang hanya tinggal dahan dan batang je tu. Tapi setakat ni, rasanya dah dekat sebulan dah pokok kami tak dihinggapi sang beluncas, makanya sempat lah daun-daun limau purut nak tumbuh.
Lyn google resepi tom yam home made sepetang tadi, sibuk nak mencari resepi mana Lyn nak cuba untuk masak tom yam untuk dinner nanti. Mula-mula terasa macam nak cuba buat tom yam yang pekat bersantan tu, atau ada jugak orang panggil tom yam pekat likat tu sebagai tom yam kung. Ha..memang ber'kung'fu la kalau makan tom yam kung tu kan..dengan pekatnya, bersantannya dan pedasnya..hehe...tapi..Lyn cancel plan tu, tak jadik nak masak tom yam kung sebab tak confident lagi..takut karang dah penat buat seperiuk tak habis makan pulak bazir je bahan-bahan kan. InsyaAllah next time Lyn akan try buat tom yam kung pulak.
Resepi tom yam campur yang Lyn nak kongsikan ni tak mengikut mana-mana resepi pun, sebab kebanyakan bahan asas membuat tom yam sama je. Cuma kalau nak advance sikit tu boleh la tambah sos ikan ke atau paste tom yam khas dari Thai, lagi sedap la kot kan..tapi Lyn takde bahan-bahan tu semua. Jom, kita semak dulu resepi tom yam campur yang mudah dan best ni.
Tom Yam Campur Mudah dan Sedap
3 ketul ayam boneless (hiris nipis)
10 ekor udang (buang kepala dan ekor)
4 batang serai (ketuk) - kalau besar pakai 3 je
3 helai daun limau purut
2 liter air
1 peket pes tom yam merah Adabi (atau apa-apa jenama pes tom yam)
1 kiub pati ayam Knorr
sedikit air asam jawa
1/4 kobis bunga (potong kecil)
1/4 batang lobak merah (potong wedges)
1/2 peket jagung muda (belah dua)
1 biji bawang Holland (hiris membulat)
1 biji tomato (belah 6)
garam
gula
Bahan tumis:
10 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (ketuk dan cincang halus)
sedikit minyak untuk menumis
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih cincang hingga berwarna keperangan dan masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
- Masukkan air, diikuti dengan pes tom yam Adabi, serai, daun limau purut dan kiub pati ayam. Reneh hingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan hirisan ayam, udang dan lobak merah. Reneh sebentar hingga agak lembut. Kemudian masukkan kobis bunga, hirisan bawang Holland, jagung muda dan air asam jawa.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.
#NOTA#
Daun limau purut kalau nak elak dari rasa pahit boleh buang urat yang kat tengah-tengah daun tu. Petua ni Lyn belajar masa tengok rancangan memasak kat tv. Memang betul, bila buang urat kat tengah tu takde pun rasa pahit. Kalau tak sebelum ni, bila dah siap masak je..tak kiralah masak rendang ke paprik ke tom yam ke, daun limau purut mesti keluarkan sebab tak nak kuah rasa pahit.
Kalau suka boleh tambah lengkuas yang diketuk dan hirisan halia sewaktu mereneh kuah tom yam. Ni Lyn tengok kat resepi-resepi yang dikongsi oleh blogger-blogger lain.
Kalau perasan Lyn tak letak langsung daun ketumbar. Kenapa ye?? Pertama, sebab Lyn takde stok daun ketumbar kat rumah dan yang kedua Lyn memang tak suka bau dan rasa daun ketumbar. Sebab tu tak letak..Tapi kalau anda suka sila letak yea.
Lepas masukkan kobis bunga, bawang dan jagung muda, jangan reneh lama sangat if not lecur dan overcooked nanti sayur tu tak sedap pulak.
Kalau suka tom yam lebih pedas, boleh tambah cili padi ketuk waktu mereneh.
P/S : gambar tak berapa cantik coz ambik waktu malam 😅 |
Resepi ni dapat dalam satu periuk saiz sedang tu. Dapat la kalau 4 ke 5 orang nak hirup tom yam ni. Memang saje je Lyn masak lebih, senang boleh carry forward untuk breakfast esok pagi. Lepas tu kalau rajin boleh rebus bihun jap, baru best makan bihun tom yam pepagi buat sarapan kan. Hehe...
Lyn suka makan tom yam yang tak terlalu pekat. Jadi kuah tom yam ni memang agak cair kejadiannya. Kalau anda suka makan tom yam yang pekat tu, air boleh kurangkan yea.
Lyn suka makan tom yam yang tak terlalu pekat. Jadi kuah tom yam ni memang agak cair kejadiannya. Kalau anda suka makan tom yam yang pekat tu, air boleh kurangkan yea.
Selamat mencuba!
0 comments :
Post a Comment