Kek Pisang Sangat Moist & Gebu

Monday, 8 October 2018

Kek Pisang Sangat Moist & Gebu





Assalamualaikum ...salam sejahtera semua!

Dah lama saya tak update entry resepi. Rindu pulak nak menulis rasanya. Al- maklum, sibuk dengan tanggungjawab lain. Hehe..

Dah lama betul saya tak menjamah dan membuat kek pisang. Rasanya dah dekat 4 tahun dah. Kali terakhir saya buat kek pisang kukus, itu pun masa saya masih bekerja di office lama lagi. Resepinya pun saya dah tak ingat lagi >.<

Baru-baru ni saya ternampak iklan seorang sahabat lama yang menjual kek pisang. Nampak sangat menyelerakan betul. Itu yang muncul idea nak buat kek pisang ni. Selalunya kalau ada stok pisang saya akan buat cekodok pisang atau muffin pisang coklat. Masa time diet selalu buat muffin pisang coklat ni sebab ianya mudah dan mengenyangkan. Resepi muffin pisang saya akan kongsi dalam entry yang lain ya.

Dalam pada sibuk menggoogle resepi kek pisang moist ni, saya terjumpa entry kek pisang gebu oleh Lola, nampak kejadian kek pisang Lola ni sangat menerujakan. Saya terus ke kedai untuk membeli pisang. Asalnya nak beli pisang Cavendish yang elegant tu kan, tapi akhirnya saya end up beli pisang berangan je. Takpe la, walaupun hanya guna pisang berangan tapi kejadian kek ni tak menghampakan.

Teknik penyediaan kek pisang ni amat lah mudah dan hanya menggunakan blender. Tak perlu nak pukul butter atau telur hingga kembang macam kek lain. Saya siap buat 2 adunan lagi untuk dibawa balik ke kampung.

Jom kita semak resepi kek pisang yang moist dan gebu ni dulu.

Resepi Kek Pisang Moist & Gebu:
Resepi asal : Lola


Bahan-bahan:

3 biji telur gred A *
1 cawan gula (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)*
1 cawan minyak (saya kurangkan kepada 3/4 cawan) *
5 biji pisang (saya guna 3 biji pisang berangan je sebab saiznya besar) *
1 sudu teh ovalet *
1/2 sudu teh garam *
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat (saya letak 1/2 sudu teh sahaja)
1 sudu teh baking powder (saya letak 2 sudu teh)
1 sudu teh esen pisang atau esn vanilla (saya tambah)

Untuk Topping (optional):

coklat urai
kepingan pisang yang dihiris nipis
badam
coklat chunks




Langkah Penyediaan:
  1. Blender halus kesemua bahan bertanda *. (Lola blender dulu telur, gula dan minyak, kemudian baru diletakkan pisang). Tapi saya nak buat kerja senang, saya blender je semua sekali gus.. :)
  2. Pindahkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Masukkan esen vanilla/pisang ke dalam adunan pisang beserta dengan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  5. Kaup balik adunan hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang pembakar yang dah diletakkan baking paper dan dilenser dengan minyak/butter/marjerin.
  7. Susun kepingan pisang dan taburkan coklat urai atau coklat chunks atau badam atas kek sebagai hiasan.
  8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170' selama 45 minit atau sehingga kek anda masak.

Untuk adunan banyak ni, saya menggunakan loyang 10x10 inch sebab saya tak nak kek saya naik tinggi sangat. Anda boleh sesuaikan sendiri jenis loyang yang anda nak pakai ya.



Memang berbaloi kalau buat kek pisang sendiri di rumah. Boleh makan puas-puas! Lagi pun sangat mudah nak membuatnya.

Selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment