Kacang Pool dengan Roti Chia Seed Home Made

Tuesday, 9 October 2018

Kacang Pool dengan Roti Chia Seed Home Made





Kepada sesiapa yang memang merupakan peminat tegar kacang pool ni, mesti tak asing lagi dengan nama Kacang Pool Haji di Johor kan. Siapa yang pernah merasa memang beruntung la.. Saya ni nama je orang Johor, tapi tak pernah berkesempatan nak merasa keaslian kacang pool yang diwar-warkan sedap tu. Lebih-lebih lagi sekarang dah bermaustautin kat negeri lain, memang alamatnya ke laut la kan kalau nak datang Jb semata-mata nak makan kacang pool.

Kacang pool ni bahan utamanya tentulah kacang parang yang kat dalam tin tu. Senang je nak cari di pasaraya. Saya beli brand Kimbal je yang ada tertulis "Foul Medammas" kat depan. Sebenarnya, kacang pool ni dah 3 bulan beli, sebelum pindah ke rumah baru lagi, tapi baru sekarang saya nak buat. Nasib baik tarikh luput tahun depan. Kihkih...

Kebetulan pulak stok daging cincang ada lagi kat rumah. Apa lagi, terus lah buat projek kacang pool ni untuk dinner malam tadi. Saya takde stok roti kat rumah...so roti pun saya buat sendiri. Nasib baik ada bread maker, senang betul kerja saya. Hehe...

Dalam pada meng'google resepi kacang pool ni, saya jumpa ada pelbagai cara nak masak kacang pool. Ada yang menggabungkan kacang pool bersama kekacang lain seperti baked bean. Tapi saya belum pernah lagi cuba campurkan kacang pool ni dengan kacang lain. Sebelum ni saya buat memang hanya pakai kacang pool saja.

Saya tak tahu macam mana rasa sebenar kacang pool yang popular tu, tapi saya adjust resepi ni mengikut citarasa saya sendiri. Pernah jugak dulu saya bawa kacang pool bersama roti putih home made ke pejabat, kawan-kawan saya cakap rasa kacang pool saya lebih kurang je dengan rasa kacang pool yang biasa mereka makan. Hehehe...Alhamdulillah..maknanya resepi ni dapat approval lah dengan selera orang lain kan..>.<

Jom kite tengok resepinya.

Resepi Kacang Pool

Bahan-bahan:

1 tin kacang parang
1/4 daging cincang peket kecil (nak lebih pun boleh)
2 sudu besar ketumbar (rendam dan tumbuk halus)
1 sudu besar jintan manis (rendam dan tumbuk halus)
2 ulas sederhana bawang putih (tumbuk halus)
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
2 sudu besar rempah kari daging (campur air jadikan pes)
air secukupnya
garam
cili padi ketuk (optional)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit gula
1/4 cawan susu cair
minyak untuk menumis (kalau ada minyak sapi boleh pakai)


Langkah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan pes kari daging. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air, daging cincang, kacang pool, garam, gula, cili padi ketuk dan serbuk lada hitam. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan susu cair.
Bahan Sampingan untuk kacang pool:

bawang besar potong dadu
cili hijau potong nipis (saya pakai cili padi)
limau kasturi (saya pakai limau nipis)
telur mata

dan semestinya roti putih yang tebal, sapukan sedikit planta dan bakar sekejap.


Saya tambah sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak pada kacang pool saya. Ikut suka anda kalau rasa nak tambah susu cair boleh tambah ,kalau tak nak boleh abaikan. No harm okay.. Hehehe


Kepada sesiapa yang ada bread maker dan rajin nak buat roti putih sendiri boleh try resepi ni.

1 1/4 cawan susu cair
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar planta
3 cawan tepung roti
3 sudu besar chia seeds (optional)
3 sudu teh yis kering

Masukkan kesemua bahan dalam bread maker ikut susunan kat atas, bermula dengan bahan basah dan akhir sekali baru masukkan yis dekat atas tepung. Set kan bread maker anda kepada white bread dan tekan on. Siap!

Sukatan susu cair tu boleh adjust semasa proses menggaul adunan. Kalau perlu tambah sila tambahkan sedikit demi sedikit. Kalau adunan terlembik, boleh tambah tepung sedikit demi sedikit hingga adunan terbentuk kemas.

Kalau ada tepung whole meal atau wheat bran lagi bagus, kurangkan sukatan tepung kepada 2 1/2 dan tambah wheat bran 1/2 cawan. Wheat bran jangan banyak sangat nanti roti jadi keras dan mampat. Boleh tersedak kalau makan .. .>.<


Gambar kurang cantik sebab jurugambar kurang pro... .>.<

Ini pertama kali saya buat kacang pool menggunakan rempah kari. Kalau sebelum ni saya menggunakan rempah beryani. Sedap juga. Cuma warnanya jadi gelap sikit kalau dibandingkan pakai serbuk kari. Warna jadi oren.

Selamat mencuba!

0 comments :

Post a Comment